Sunday, 31 March 2013

Camne last2 leh tersangkut dengan mamat latino. *dushhhh*

Meh nak story sket.. thehehehehe... saya jatuh cinta bangggggg..hahahahaha
lancang mulut aku berbicara last post konon taknak jatuh cinta ngan mamat sini. ok meh nak kasi clarification sebelom korang nak jerit 'POYOOOOOO' dan jatuhkan hukuman rejam sampai mati kat aku.

No 1 : jejaka tersebut bknalah rakyat brazil. hahaha. so aku x tipu kan kan kan.aku cakap aku takknak fall in love ngan mamat brazil.  aku x ckp negara latino lain. hahahaha

No 2 : Ingat lagi ayat aku kt previous blog, aku ckp something like mana nk cari mamat kt sini yg ckp 'apa syg kita couple tp xleh wat sex..bolleeehhhh' and aku ckp cari dlm lubang cacing pun takda.
OK. sebenarnya ADA. yes. u heard me. ADA! ADA ok ADA! jejaka tersebut sungguh sungguh sungguh sweet, and tahu smua benda pasal aku and pantang larang aku and tau agama aku smua and bla bla bla. and guess what? dia RESPECT and still ACCEPT aku. cehhh. ayat nak novel melayu. damn u iman. haha.

No 3 : jujur aku ckp, aku rasa mamat2 kt malaysia yg aku jumpa lagi wild dari dia. serious. mamat ni nerd habis. stok2 anak mak, tp mmg pun, kawan2 aku yg kat sini sbenarnya smua nerd2 habis. jgn judge bdasarkan gmbar2 party segala tu sebab kt sini, party tu mcm tgk wayang. so kira kt malaysia bdk nerd pun tgk wayang. diorg party sbb ni adat kat sini, benda tu normal. tp serious, diorg nerd nak mampus. jenis semua stok2 anak mak, mnghormati ibu bapa segala. *tepuk tgn bagi mereka*

No 4 : kitorg knal start dari brkwn je. tp aku mmg dh feeling lain sket ngan mamat ni masa first aku jumpa dia. konon cinta pandang pertama lah. *dush..ayat novel melayu lagi* nak kata handsome tu, bagi aku mmg la handsome dah mata aku, taste aku. hahaha. tp maybe kalau nk banding ngn mamat2 lain, dia biasa2 je. tp xtau nape aku rasa dia interesting sgt. Mula2 susah, sbb dia x terer sgt b.i and aku ckp portuguese bleh lah, tp mamat ni ckp spanish. so kitorg xbyk berckp sgt, tp slalu mcm buat bnda sama2. masak sama2. potong sayur sama2. main game sama2. main poker sama2. serius, x berckp. senyum2 gelak2 je. ha, ni lah cinta aku ckp woo..aku jumpa dia weekend je sbb aku duduk kt bandar lain. so bila aku balik bandar aku, kitorg berckp dlm fb lah, pakai google translator. time tu aku ingt dia bengap b.i sangat, so aku lah yg translate chatt ngan dia guna bahasa spanish ko..masa tu serius rasa bilingual gler. hhahaha.. so kitorg keep on chat tiap2 mlm. chat benda2 bodoh je. pastu dah aku mcm suka kan kat mamat ni, next weekend aku pegi lagi kat bandar dia, alasan nk spend time ngn aktivity aiesec, ptuih.padahal hati dupp dapp nk tgk dia. hahahaha.
ringkaskan cerita, aku pun sdar yg dia pun dupp dapp jugak everytime jumpa aku. mcm mana aku tau.. ?

                                                         cerita hindustan bermula.

 aiesec ada buat satu aktiviti siap kena bermalam segala dalam hutan. dlm hutan tu ada dewan besar, so kitorg pakat tido ramai2 kat dlm dewan tu. so aktivity dua hari satu malam. aku ni kan badan lemah lembik, takleh lasak sket, teruh pitam. so, aktivitinya lasak.. so time malam tu plak sejukkk gler.. esok pagi aku bangun aku sakit2..so hari kedua aku dah hilang suara, badan dah panas..tapi aku wat relax je lah..malas nak complain..so aku join je aktiviti diorg.. last2 aku x tahan aku pitam jgk.. aku pitam time nak gi toilet. aku bgn2 aku kt spital. ada lah sorg mamat aiesec teman aku. then dia lah teman aku n jaga aku segala..pastu aku tgk la phone dia x putus2 bunyik. aku intai tgk sapa message dia x putus2. rupa-rupanya cik abang saya..thehehe.. aku intai baca message yg dia hantar. message nya lebih kurang begini

' iman mcm mana? tlg jaga dia baik2'
'tlg update iman mcm mana.dia ok tak? doktor ckp apa?' 
'serius ke dia sakit, tlg tgk dia betul2, doktor ckp apa?

hahaha..dan selanjutnya...
maka tgh sakit2 tu tersenyum lah aku.tapi senyum cover sebab taknak mamat yg jaga aku kt hospital ni tau yg aku ada hati kt mamat ni.
tapi last2 mamat yg jaga kat hospital ni tanya.

'imannnnn, u ada apa2 ek ngan ES'
(aku letak nama dia ES lah..hehehe)

and aku ckp..ehh..takdelah..kawan je..nape?

then mamat tu bukak cerita...

bila aku pengsan ES dengan gaya hero hindustannya..eh hero latino lah..pangku kepala aku atas riba, then terus angkat aku bawak masuk kreta, padahal patutnya org lain yg kena ikut, tapi dia berkeras nak ikut hantar gi spital. then dia pangku aku sepanjang dalam kreta and dia angkat aku bawak masuk bilik kecemasan. drama tak ko..DRAMA TAK???!! tp last2 dia kena keluar and mamat yg jaga aku tu kena tunggu sebab mamat yg jaga aku tu pandai ckp b.i clear, and dia bleh translate apa yg doktor ckp kat aku. and ES tak reti ckp b.i sangat. so dia kena keluar and balik kat tempat yg ada aktivity tu. and after that, berjujut org tanya aku, aku ada apa2 ke ngan dia. and start situlah aku sedar dia pun dupp dapp jugak everytime jumpa aku.maka melompat kegembiraan lah saya.. hahahhahaha.

pendekkan cerita after kes drama pitam dan hero latino, kitorg start bercakap banyak.and aku sedar dia punya b.i makin ok.and dia pun tiba2 leh faham segala benda aku cakap, and aku bleh faham apa dia ckp. tiba2 magicnya kitorg bleh communicate. dia slalu ckp kat aku, bila interns lain ckp bi dia tak paham. tp bila aku ckp dia paham. cehhh..nak kata cinta punya pasal lah ni kan..so after that kitorang bercinta lahhh..tapi serius..mamat ni mmg sekepala and sejenis dgn aku. dulu aku bercinta 4 tahun dengan ex aku, susah nyeee nak jadi diri sendiri. aku ni jenis budak2 sket..suka main kejar...kdg2 gelak kuat,ckp kuat..suka piggy back ride, suka wat benda2 bodoh sama2..tapi ex aku yg 4 tahun ni jenis suka cover depan org, dia malu bila aku buas2 depan org, dia kata aku nak gain attention. so aku slalu kena marah kat dia. sob sob sedih. tapi ES ni serious aku ckp, sebijik perangai mcm aku. aku lari, dia lagi lari laju. aku buas2 bising2 meroyan sket, dia senyum terima aku seadanya. bila dia mcm jeles aku ckp ngan laki lain ke dia takde marah2 ke apa, dia senyummm dia tarik tangan aku bawak aku lari. ada one time, dia mmg dah lama tak puas hati dgn mamat brazil sorg ni, sbb mamat brazil ni suka sentuh2 peluk2 bila bercakap. mcm pervert sket la.. so aku bercakap la ngan mamat ni, ckp ckp ckp.. tiba2 si ES ni dtg, tak banyak ckp, dia dukung aku, bawak lari dari mamat brazil tu, siap sambil bawak lari tu senyummmmm gelak.. hahaha.. tak pernah marah..tak pernah berkasar..aku nk tau dia tak suka aku buat something senang. dia tarik tgn bawak lari. hahahaha. aku tak tau la korg rasa apa.aku rasa sweet. takde nak kena dengar bf berleter or maki, i taknak u buat itu ini segala.

aku takkan bleh lupa, memori kitorg main hujan, serious, dengan baju smart2, last2 lari bawah hujan main kejar2, ada satu masa dia tanya aku apa fav flower aku, aku ckp aku suka rose merah. skali time dia jemput aku kat stesen bas, aku tgh tungguh dia sambil makan dengan sehatnya, tiba2 dia datang peluk dari belakang and kasi rose merah. cair kak cairrrrrr! hahaha.. then main adventure, amik peta bandar, pastu pejam mata, point satu tempat pakai jari, then kitorg jalan adventure try cari mana tempat tu..then menari slow dance kat tepi pantai, org lain berparty huu haa, kitorg baring atas jalan raya then dia explain pasal mcm mana nak tgk arah pakai bintang..and dia ajar aku mcm mana nak masak pasta. and DIA masakkan aku breakfast, lunch.ckp je nk makan apa, dengar yer dengar ayat dia lebih kurang begini :

'ok sayang, nak makan apa? i masakkan.' 

wehh... serius weh.. biar betul. BIAR BETUL??!!! hahahah..
and dia knalkan aku kat seluruh pelusuk family dia. mak ayah atuk nenek mak sedara pak sedara, kakak, boyfriend kepada kakak, anjing dia kucing dia semua dia kenalkan. aku borak ngan mak dia guna skype. mak dia ckp 'you must be special sebab cik abng ES ni x senang nk fall in love" ohhh...mak mertua pun..ayatttt..hahaha..

tapi tgh syok bercinta tu adalah satu yg tak bestnya... ES ni program dia lain dgn aku..aku kerja kat sini and aku duduk sini minimum 6 bulan.. ES duk sini under social work, so max dia duk sini 3 bln. Sedap kitorg bercinta tp kitorg tau kitorg kena reality, tak kemana pun nak bercinta sakan, sebab dia pun dh nk kena balik negara dia. aku plak tgh stay lg kat brazil. tapi lepas discuss2 aku pun kebetulan nak buat trip pergi negara dia before aku balik malaysia, so aku setlah, before aku balik malaysia, aku melawat negara dia dulu, so kitorg akan jumpa one last time before aku chow malaysia. which is bulan 7.. dia balik negara dia bulan 3. so ada 4 bulan nak jumpa lagi. aku plak sejak kena tipu dgn ex bf aku bila long distance, aku malas lah nak long2 distance segala..i mean come on la.. lagipun ke mana lah sangat kitorg punya relationship ni kan.. so aku mmg dah mentaly ready nk let go dia.sayang mmg la sayang..tp aku fikir realiti.malas nak fantasi segala.aku siap ckp, kalau dia dah ada awek baru kat negara dia before bulan 7 ckp lah kat aku, aku ok je, and aku still melawat negara dia tp as kawan je lah. dia pun ckp benda sama.tapi dia ckp if aku ada bf baru dalam masa 4 bulan ni, jgn post gambar segala dlm fb, sebab dia taknak tgk. susahh wooo.. so bayangkan masa kitorg nak say good bye tu payahhh nya mcm mana wehh..susahhhhhhhhh.. banjir stesen bas. dia menangis, aku menangis.

so bergood bye lah kitorg..

aku ingat sampai situ lah..tapi mamat ni keep on contact aku. 24 jam. and still act the same mcm dia kt brazil. aku ok je..aku suka lah..dah aku mmg sayang dia betul kan. last2 dia ckp kat aku, boleh tak tunggu dia sampai bulan 7..still jadi gf dia sampai bulan 7 bila aku melawat dia nanti, and tunggu dia sebab dia kata dia nak tunggu aku. aku ckp la,aku takde hal, aku mmg bleh handle long distance and aku jenis kalau dah sayang sorg tu, dia je yg aku sayang. aku ckp aku takut dia je takleh handle. tp dia ckp, dia nk tunggu, so aku ok lah.. so kitorg pun sambung lah bercinta jarak jauh. shitt lah, aku datang brazil jauh2, dah kena cheat dgn ex bf kt malaysia sebab long distance, next relationship aku long distance jugak.hahaha

So..sekarang.. aku cakap, aku n ES ni long distance tp serius tak rasa jauh..aku slalu rasa dia ada dgn aku. kalau kira ni dah 2 bulan kitorg long distance, sepanjang 2 bulan, tak pnah skali dia lupa msg aku good morning, n good night. if aku mcm sedih, dia terus call aku pakai skype tak kira pukul brapa,or dia tgh buat apa. dia tgh shopping dgn atuk dia pun call aku suruh aku ckp dgn atuk dia. bila skype sampai tertidur2..
tapi aku ckp..long distance tak senang wei.. ada satu time mcm aku rasa aku jauh sket dgn dia..tak tau nape..maybe hormone nak period kot.sensitive terlebih.haha. pastu dia mcm busy terlebih dalam satu minggu tu.so aku mcm sedihla.aku ingat..hurm..ni tak jadi ni..pastu aku sedih lah satu hari tu..aku ingat lagi..hari tu 14hb. gi kerja muka macam mintak penampar... tapi tiba2 kawan aku santiago tarik tangan aku bawak keluar kelas.aku tgh mengajar time tu...pastu aku tgk kat koridor sekolah ada satu jambak bunga besaaaaaarrrrrrrr gila.. pastu santiago hulur kat aku kad. aku baca kad tu..perghhhh.......dari cik abang aku! so dalam seminggu tu rupanya dia p contact santiago suruh santiago beli bunga kat aku, and dia poskan kad yang dia tulis ayat yg bikin aku cair takde kaki. so dalam seminggu dia duk sebok plan dengan si santi ni nak kasi surprise kat aku pada hari 14 hb sebab rupa-rupanya 14hb time valentines day bulan lepas adalah time kitorg mcm declare yg kitorg suka each other. so konon anniversary sebulan. perghh..aku pun tak ingat2 lahhh.. mana nak sambut anniversary bulan2..maka banjirlah aku menangis kat sekolah. santi ckp kat aku ES kena bayar tax banyak gila sebab nak hantar duit dari negara dia masuk bank santi kt brazil.tp dia nak jugak kasi present kat aku.  last2 santi ckp kt aku, baik ko syg bf ko betul2 dow. jgn nak curang sana sini. pergh. santi kata ES bersungguh gler nak surprisekan aku. sob sob..sedih.. and paling aku takleh lupa ayat dia yg dia tulis dlm kad .

' bla bla bla.....even kita jauh, i akan try my best kasi u rasa i ada dekat dgn u, and i akan kasi u surprises and i slalu ada untuk u, tlg sabar and tunggu i '
(cehh..translate gaya org melayu bercinta..hahahahahah)



so, aku tak tau apa akan jadi in future. most probably, mmg takkan jadi apa2. maybe kitorg bleh tahan tunggu sampai bulan 7, tapi aku dah balik malaysia nanti nak menunggu apa lagi? haa..so, mmg aku rasa tak adil, org yg perfect untuk aku, takde silap salah, satu satunya org yang aku boleh jadi diri sendiri and still ckp aku cantik even aku tak pakai make up and let me tell you, bila aku tak pakai make up aku mcm hantu. finally, aku jumpa, org yang sudi pegang tangan aku and gelak kuat2 and main kejar2 and tak perlu ckp banyak, aku faham apa dia rasa, and dia faham apa aku rasa. serius.magic. aku finally dah jumpa org ni, tapi..bakal terpisah bukan setakat negara, malaysia hujung dunia, negara dia hujung dunia. aish..kejam weh. 
tapi takpe :) aku just hargai masa yg ada skrg sementara kitorg syok bercinta. go with the flow. hormat each other. and just hargai dia sementara ada masa bersama. yg future tu kita fikir bila future dh datang :)

anyway, maka dengan itu aku declare kat sini. yes, aku jatuh cinta dgn mamat latino.
ok habis.